Tuesday, 16 July 2013

PABILA HUJAN TURUN

Ramadan 1434H / 2013 bertandang memberi ruang dan peluang 
mengadaptasi buku pertama - Jejak Merdeka
penambahbaikan manuskrip Jelajah Buku Aspirasi Pembaca 
Pabila Hujan Turun


Wednesday, 6 March 2013

BACATHON 2013

Program Utama sempena Jelajah Buku Aspirasi Pembaca / Pabila Hujan Turun yang telah disempurnakan Pra Perasmian oleh Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak

Pelbagai aktiviti telah dirancang untuk mencapai matlamat penganjuran Program Bacathon  

Monday, 28 January 2013

Tirai Tahun Baharu - 2013

Logo Jelajah Buku Aspirasi Pembaca / Pabila Hujan Turun telah dibangunkan dengan kerjasama Mana Media yang beroperasi di bangunan bersebelahan Masjid Kamunting. Tahun 2013 diharapkan segala usaha 'menyemai' akan memberikan ruang dan peluang untuk dituai hasil.

Thursday, 19 July 2012

PENULISAN SEMULA

PELUANG menghadiri Bengkel Penulisan dan Penerbitan anjuran ITBM - PENA - DBP pada 13 - 15 Julai 2012 di Batu Feringgi, Pulau Pinang telah memberikan nilai tambah kepada usaha merealisasikan penerbitan Jelajah Buku 101 Inspirasi Pembaca / Adaptasi Jelajah Merdeka.

Kamar 329 Hydro Hotel telah menyaksikan usaha memperkasakan manuskrip Sebalik Tembok 1879 dan hadirnya ilham untuk meneruskan perjuangan di bidang persuratan yang terkadang terpaksa melalui liku-liku yang memedihkan di samping menikmati kedamaian kalbu dan ransangan minda apabila membaca buku yang memberikan semangat untuk memulakan penulisan semula.



Pertemuan semula dengan sahabat lama, Abd Malek Selamat yang kini bertugas sebagai guru di Tanjung Malim adalah antara manfaat yang diperolehi sempena menghadiri bengkel dan memberikan inspirasi serta kepuasan rohani yang memantapkan keyakinan tentang kebesaran Allah Yang Maha Berkuasa menghadiahkan erti persahabatan kepada hamba yang dikehendakiNYA.

Semoga dengan keberkatan Ramadan 1433H, aku berpeluang menyempurnakan penulisan semula dan Jelajah Buku akan direalisasikan khasnya sempena ulang tahun ke 55 kemerdekaan negara dan setelah tujuh tahun lahirnya puisi Jejak Merdeka ( 15 Ogos 2004 ). InsyaAllah dengan berpandukan ilmu yang dikongsikan oleh pembentang kertas kerja dan pengalaman para peserta bengkel dapat memudahkan usaha tersebut.

"Kitab suci Al-Quran paling tinggi mutupenulisannya sebagaimana yang kita akui. Dan tidak kurang daripada 13 cerita nabi-nabi yang diwahyukan melalui monolog. dialog, padu suara atau korus dengan penceritaannya: ada plot, ada subplot, ada motivasi dan ada psikologi tentang manusia; ada simbol-simbol, ada imej-imej dan ada metafora."


Sasterawan Negara ke 7 - Sastera dan Kemanusiaan (DBP-2005) 



Koleksi buku , majalah dan kertas kerja yang menjadi sumber rujukan penulisan semula
Jelajah Buku / Adaptasi Jejak Merdeka
  


Wednesday, 30 November 2011

MENGGAMIT MEMORI MENJANA IMPIAN

Pada bulan November catatan di facebook lebih kerap dilakukan berbanding apa yang ditulis dalam blog dan idea lebih kerap melintasi minda tanpa ditulis secara rasmi

Puisi Tema Jelajah Buku telah diberikan penambahbaikan dengan pindaan tajuk Hujan dan Hutan.

http://www.facebook.com/notes/sallehuddin-ibrahim/puisi-tema-jelajah-buku/284484714919216

Pertemuan tanpa dirancang / secara kebetulan dengan rakan sewaktu zaman persekolahan dan perbincangan dengan rakan FB mewarnai suasana suka duka yang menjadi asam garam kehidupan.

Sewaktu membawa anak isteri dengan kereta untuk mengutip buah durian di kampung, terkenang basikal tua milik arwah tok untuk membawa hasil buah-buahan.


Suasana kampung menggamit mereka yang berhasrat kembali menikmati suasana damai setelah bersara telah menjadi pilihan kepada mereka yang menghargai warisan tanah pusaka.

Sesuatu yang mulanya pahit akan terasa manisnya setelah kesabaran dijadikan santapan minda mengharungi ujian kehidupan dan kembali mengingatiNYA  dengan meningkatkan Taqwa adalah sebaik-baik bekalan dan teman sepanjang meniti usia kehidupan.

November 2011 juga menyaksikan Hari Raya Korban pada 10 Zulhijjah 1432 H ( 6.11.2011 ) dan Maal Hijrah 1 Muharam 1433 ( 27.11.2011) Sesungguh pertukaran siang dan malam / peredaran masa menjadi tanda kebesaran Tuhan kepada mereka yang mahu berfikir dan beriman


Monday, 31 October 2011

SEMINAR YANG HILANG YANG DATANG / PROLOG JELAJAH BUKU

Program Jelajah Buku dan Penerbitan Jejak Merdeka Edisi Khas !01 Buku Inspirasi Rakyat terpaksa ditangguhkan setelah usaha mendapatkan penajaan kerajaan negeri Perak masih belum mendapat maklum balas yang positif dan perkara ini bukanlah penghalang untuk diteruskan aktiviti pembudayaan ilmu khasnya penganjuran Diskusi Buku dengan kerjasama pihak yang berkenaan.

Lembaga Pembangun Sastera Perak ( LEPAS ) yang menerima  sumbangan Dana Khas DBP telah menganjurkan Seminar Yang Hilang Yang Datang pada 10.10.2011. Kerjasama yang diberikan oleh pelbagai pihak seperti Pejabat Pelajaran Daerah Larut Matang dan Selama, sekolah yang menghantar peserta dan Majlis Perbandaran Taiping menjadi penyumbang utama kejayaan seminar.

Sambutan yang dingin oleh orang ramai untuk menjadi peserta seharusnya menjadi pendorong kepada penganjur  meningkatkan promosi supaya minat serta kesedaran tentang kepentingan Budaya Membaca dan Penghayatan Sejarah dapat diterima oleh komuniti.




Pelbagai pengalaman pahit manis dapat ditimba melalui aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan Oktorber 2011 khasnya momentum sempena pertemuan dengan rakan OE setelah 30 tahun meninggalkan alam persekolahan, menulis di fb rakan baru dan membaca ucapan ulang tahun kelahiran oleh rakan fb.

http://www.facebook.com/pages/KUALA-SAR-TETAP-DI-HATI/105961566094088


Lokasi Jelajah Buku seterusnya ialah Kuala Kangsar / Persisiran Sayong 



Gambar Profil di FB - Menghayati Yang Tersurat Memikir Yang Tersirat



Tuesday, 27 September 2011

ULANGTAHUN KEMERDEKAAN KE 54

Isu panas berkaitan Sejarah Perjuang Kemerdekaan yang dimainkan oleh ahli politik dan media menjadi perbualan kepada rakyat yang berminat dan sambutan Hari Raya tetap menjadi aktiviti utama melalui budaya menganjur atau menghadiri Rumah Terbuka.
Di penghujung syawal, kesempatan diambil untuk memuat turun beberapa gambar kenangan di Hari Raya , aktiviti Kempen Kibar Jalur Gemilang dan gambar lama yang disiarkan dalam buku Jejak Merdeka (edisi 2004 )
Usaha untuk mendapatkan Dana Penerbitan Jelajah Buku diteruskan dan persiapan Seminar Yang Hilang Yang Datang di Galeria Pertama Taiping berjalan lancar walaupun sesekali bertebung dengan halangan serta masalah kecil yang alhamdulilah dapat ditangani.