Wednesday 30 November 2011

MENGGAMIT MEMORI MENJANA IMPIAN

Pada bulan November catatan di facebook lebih kerap dilakukan berbanding apa yang ditulis dalam blog dan idea lebih kerap melintasi minda tanpa ditulis secara rasmi

Puisi Tema Jelajah Buku telah diberikan penambahbaikan dengan pindaan tajuk Hujan dan Hutan.

http://www.facebook.com/notes/sallehuddin-ibrahim/puisi-tema-jelajah-buku/284484714919216

Pertemuan tanpa dirancang / secara kebetulan dengan rakan sewaktu zaman persekolahan dan perbincangan dengan rakan FB mewarnai suasana suka duka yang menjadi asam garam kehidupan.

Sewaktu membawa anak isteri dengan kereta untuk mengutip buah durian di kampung, terkenang basikal tua milik arwah tok untuk membawa hasil buah-buahan.


Suasana kampung menggamit mereka yang berhasrat kembali menikmati suasana damai setelah bersara telah menjadi pilihan kepada mereka yang menghargai warisan tanah pusaka.

Sesuatu yang mulanya pahit akan terasa manisnya setelah kesabaran dijadikan santapan minda mengharungi ujian kehidupan dan kembali mengingatiNYA  dengan meningkatkan Taqwa adalah sebaik-baik bekalan dan teman sepanjang meniti usia kehidupan.

November 2011 juga menyaksikan Hari Raya Korban pada 10 Zulhijjah 1432 H ( 6.11.2011 ) dan Maal Hijrah 1 Muharam 1433 ( 27.11.2011) Sesungguh pertukaran siang dan malam / peredaran masa menjadi tanda kebesaran Tuhan kepada mereka yang mahu berfikir dan beriman