Saturday 18 June 2011

MENGGAMIT MEMORI

Pengalaman membaca buku penulis tersohor dan menghayati lirik lagu oleh penyanyi popular turut membantu proses awal penjenamaan semula Jejak Merdeka. Mengulangi bahan karya khasnya apa yang telah ditulis di facebook turut memberikan impak.
Perubahan teknik dan penekanan kepada nada suara mendeklamasikan puisi tema ternyata meninggalkan kesan ! Terima kasih kepada rakan FB yang memberikan komen.

Thursday 16 June 2011

PENJENAMAAN SEMULA

PELUANG terkadang datang tanpa diduga dan kehadirannya wajar diraikan. Pengalaman menyusuri karya penulis tersohor dan menghayati pesanan Sasterawan Negara khasnya oleh Shahnon Ahmad di ruangan PABILA HUJAN TURUN Majalah Dewan Sastera , mengesahkan apa yang pernah dinyatakan oleh Prof Rahman Shaari, Penerima Anugerah S.E.A. WRITE 2007 setelah beliau menyampaikan puisi Jejak Merdeka @ Sungai Perak pada tahun 2005 bahawa  nilai sebuah karya dapat membantu penulis mengharungi proses kematangan. Ini turut diakui oleh  Zamri Mohamad penulis buku Tip Menjadi Penulis Bestseller pada bab 27 - Buku Adalah Tanah Milik Si Peneroka.




Kesempatan menghubungi secara perbualan telefon bersama Pengarah Perancangan dan Perhubungan Korporat, En Kamarudin Mat Nata dan Pengarah Pembinaan Koleksi Negara dan Pendokumentasian, Pn Maizan Ismail memberikan sinar harapan untuk direalisasikan usaha Penjanamaan Semula Jejak Merdeka dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia.

Semoga rezeki melalui Dana Penulis dapat dimanfaatkan dan disyukuri bersama anak isteri yang turut bersama berkongsi pengalaman pahit manis menghasilkan karya.

Doa dan sokongan rakan seperjuangan khasnya di facebook amatlah dihargai.

http://www.facebook.com/media/set/?set=a.1382143531673.41344.1774527262&saved#!/profile.php?id=1774527262

Sunday 12 June 2011

SIRI KEMBARA ILMU

Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang dan Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian adalah dua contoh keindahan bahasa Melayu yang menjadi sumber motivasi kepada penganjuran Prolog Siri Kembara Ilmu pada 23 April 2011 sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia 2011 /  Pesta Buku Antara Bangsa Kuala Lumpur . 

Aktiviti menarik Baca@KTM yang diadakan ialah Baca Bersama dan Santai Bersama Penulis.
Berita Nasional RTM1 siaran 23.04.2011 ada menyiarkan Sidang Media oleh Dato KP Perpustakaan Negara dan acara di pentas pelancaran buku.



Pengalaman jawatankuasa menjayakan 2 Siri Kembara Ilmu pada 23 April dan 1 Mei 2011 diharapkan dapat memberikan inspirasi menjayakan siri seterusnya.

Akhbar Sinar Harian 02 Mei 2011

Buku Sastera dan Kemanusiaan yang dihadiahkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara sempana Seminar Memartabatkan Tengku Menteri Ngah Ibrahim pada 27 Ogos 2005 di Kompleks Sejarah Matang ( saya sebagai pengerusi sesi pembentangan kertas kerja ) telah memberikan ruang untuk saya mengenali biodata Sasterawan Negara.


Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. Bermula dengan membaca buku tersebut, saya teruja untuk berjinak-jinak dengan penulisan Dato Shahnon Ahmad , Pabila Hujan Turun di majalah Dewan Sastera dan menyertai majlis yang dihadiri oleh Sasterawan Negara khasnya Dato A.Samad Said dan Prof Muhammad Haji Salleh.

Diharapkan penerbitan Jejak Merdeka Edisi Kemas Kini - 101 Buku Inspirasi mendapat kerjasama DBP untuk menaja / mempromosi buku yang ditulis oleh Sasterawan Negara dan karya yang dicadangkan wajar dibaca oleh kanak-kanak dan remaja.


Pengalaman 5 tahun sebagai fasilitator Program Penghayatan Sastera dan Budaya turut membantu penjanaan minat dan keazaman saya untuk memartabatkan karya sastera sebagai ramuan penting memberi makna kepada pembaca dalam menghayati kemerdekaan hakiki.


Penulis atau Penerbit dialu-alukan untuk mencalonkan buku terbitan mereka dan pembaca boleh berkongsi pengalaman membaca buku yang memberikan impak dalam kehidupan mereka. Sokongan amatlah dihargai.

Friday 10 June 2011

Al- Fatihah
SMS yang dihantar oleh Sdr Hamidon mengenai kembalinya Sdr Amirul Fakir ke rahmatullah pada 10 Jiun 2011 dan membaca puisi Ahmad Ansor Batubara, Rakan Facebook  di PERSATUAN PELUKIS DAN PENCINTA SENI NEGERI PERAK menjadi momentum untuk tidak lagi menangguhkan pembinaan Blog Jejak Merdeka. Sesungguhnya kematian adalah sumber motivasi yang berkesan untuk kita meneruskan perjalanan sisa usia sebelum berhijrah ke alam akhirat.
Saya bukanlah kenalan rapat kepada arwah sdr Amirul tetapi persamaan khasnya di bidang penulisan puisi dan pengalaman bersama sebagai fasilitator Program Penghayatan Sastera dan Budaya di beberapa kem PLKN di negeri Perak  membantu memesrakan kami. Beliau juga dikenang kerana pernah menulis di Berita Harian ruangan sastera mengenai aktiviti Sepetang Bersama Sasterawan Negara di penjara Taiping pada tahun 2005. InsyaAllalh hubungan kita dengan beliau akan hidup kerana karya serta waris beliau akan menjadi jambatan baru dalam perhubungan yang telah sedia terjalin.
Situasi ini  dengan buku yang antara terawal di pilih dalam 101 Buku Inspirirasi.


Empat hilang kerana empat:; hilang nikmat kerana tidak bersyukur, hilang kekuatan
kerana mencari musuh, hilang kekuasaan kerana kelalaian dan hilang kesempatan
kerana memandang enteng. - HAMKA