Sunday 12 June 2011

SIRI KEMBARA ILMU

Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang dan Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian adalah dua contoh keindahan bahasa Melayu yang menjadi sumber motivasi kepada penganjuran Prolog Siri Kembara Ilmu pada 23 April 2011 sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia 2011 /  Pesta Buku Antara Bangsa Kuala Lumpur . 

Aktiviti menarik Baca@KTM yang diadakan ialah Baca Bersama dan Santai Bersama Penulis.
Berita Nasional RTM1 siaran 23.04.2011 ada menyiarkan Sidang Media oleh Dato KP Perpustakaan Negara dan acara di pentas pelancaran buku.



Pengalaman jawatankuasa menjayakan 2 Siri Kembara Ilmu pada 23 April dan 1 Mei 2011 diharapkan dapat memberikan inspirasi menjayakan siri seterusnya.

Akhbar Sinar Harian 02 Mei 2011

Buku Sastera dan Kemanusiaan yang dihadiahkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara sempana Seminar Memartabatkan Tengku Menteri Ngah Ibrahim pada 27 Ogos 2005 di Kompleks Sejarah Matang ( saya sebagai pengerusi sesi pembentangan kertas kerja ) telah memberikan ruang untuk saya mengenali biodata Sasterawan Negara.


Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. Bermula dengan membaca buku tersebut, saya teruja untuk berjinak-jinak dengan penulisan Dato Shahnon Ahmad , Pabila Hujan Turun di majalah Dewan Sastera dan menyertai majlis yang dihadiri oleh Sasterawan Negara khasnya Dato A.Samad Said dan Prof Muhammad Haji Salleh.

Diharapkan penerbitan Jejak Merdeka Edisi Kemas Kini - 101 Buku Inspirasi mendapat kerjasama DBP untuk menaja / mempromosi buku yang ditulis oleh Sasterawan Negara dan karya yang dicadangkan wajar dibaca oleh kanak-kanak dan remaja.


Pengalaman 5 tahun sebagai fasilitator Program Penghayatan Sastera dan Budaya turut membantu penjanaan minat dan keazaman saya untuk memartabatkan karya sastera sebagai ramuan penting memberi makna kepada pembaca dalam menghayati kemerdekaan hakiki.


Penulis atau Penerbit dialu-alukan untuk mencalonkan buku terbitan mereka dan pembaca boleh berkongsi pengalaman membaca buku yang memberikan impak dalam kehidupan mereka. Sokongan amatlah dihargai.

No comments:

Post a Comment