Friday 10 June 2011

Al- Fatihah
SMS yang dihantar oleh Sdr Hamidon mengenai kembalinya Sdr Amirul Fakir ke rahmatullah pada 10 Jiun 2011 dan membaca puisi Ahmad Ansor Batubara, Rakan Facebook  di PERSATUAN PELUKIS DAN PENCINTA SENI NEGERI PERAK menjadi momentum untuk tidak lagi menangguhkan pembinaan Blog Jejak Merdeka. Sesungguhnya kematian adalah sumber motivasi yang berkesan untuk kita meneruskan perjalanan sisa usia sebelum berhijrah ke alam akhirat.
Saya bukanlah kenalan rapat kepada arwah sdr Amirul tetapi persamaan khasnya di bidang penulisan puisi dan pengalaman bersama sebagai fasilitator Program Penghayatan Sastera dan Budaya di beberapa kem PLKN di negeri Perak  membantu memesrakan kami. Beliau juga dikenang kerana pernah menulis di Berita Harian ruangan sastera mengenai aktiviti Sepetang Bersama Sasterawan Negara di penjara Taiping pada tahun 2005. InsyaAllalh hubungan kita dengan beliau akan hidup kerana karya serta waris beliau akan menjadi jambatan baru dalam perhubungan yang telah sedia terjalin.
Situasi ini  dengan buku yang antara terawal di pilih dalam 101 Buku Inspirirasi.


Empat hilang kerana empat:; hilang nikmat kerana tidak bersyukur, hilang kekuatan
kerana mencari musuh, hilang kekuasaan kerana kelalaian dan hilang kesempatan
kerana memandang enteng. - HAMKA

No comments:

Post a Comment